"Hang dulu sampai hari ni...had lain tak nampak muka pon..." kata Norly kat aku. SMM kali ni aku sampai dulu. Nampak gaya imej regular latecomer aku dah tak boleh pakai lagi. aku sampai petang tu dengan Shahidan (orang yang jauh kalau diukur pada km tapi hati dia dekat dari kebanyakkan yang lain). SMM kali ni seperti yang hangpa semua tau diadakan di KLTower. Rancangan dah dibuat dalam dua bulan dulu akhirnya jadi kenyataan. Thanxs to Norly, Kamak dan lain-lain yang tak pernah jemu nak menjumpakan kawan-kawan semua. Kali ni SMM dibuat macam warm-up atau sessi penghangat sebeluma Grand Merdeka SMM @ Casuarina Penang. Petang tu on the way ke KLTower dengan Shahidan, Biddu call aku. "Jamek! aku kat penang airport...manage to get flight PEN-KUL pukui 3.40 petang. Aku confirm attendance...aku mai oi...aku mai oi..." aku kaget sikit masa dapat call dari Biddu. Shahidan pon tabik kat mamat sorang ni. semangat SMM dia memang kuat. last minit lari pi airport just to gamble if there's any vacant seat PEN-KUL. adakah orang lain sanggup buat lagu tu? personally aku sendiri tak gerenti aku sanggup. kalau memang dah plan nak pegi memang aku pergila. kalau last minute nak rush pi airport aku tak tau lagi. Tabik spring kat Biddu. Apa yang orang-orang jauh macam Biddu dan Shahidan buat tu aku rasa dah memberi tamparan hebat pada residence Klang Valley yang tak sanggup attend SMM yang diadakan hanya sepelaung saja. Aku memang tak dak masalah insyaallah sebab aku Solo dan faktor luaran agak kurang. Tapi yang dah berkeluarga pon kalau takat faktor biasa cubalah atasi. Take JoeCrook for example. dah lewat petang terpaksa tunggu tetamu dia kat rumah beredar baru dia dapat bawak family dia mai KLTower. Anak Joe (Aina) macam tak de mood je. kesian kat dia pasal makanan dah habis. Maafla Joe. Tapi semangat Joe patut kita contohi. Memang SMM tak dapat memberi kita keuntungan yang ketara dari segi material tapi tak rugi juga. Yang penting kita dapat semula mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita bila kita berkumpul ramai-ramai. Sori pasai memalut plak...yang tadi tu prolog saja.... Yang ni baru minit rasmi SMM@KLTower. Kehadiran kali ni memang berjaya memecahkan rekod. (Dijangka SMM@Casuarina akan memecahkan rekod lagi). jumlah yang hadir (tak termasuk spouse dan anak-anak 24 orang) campur spouse dan anak-anak aku tak kira plak. ada kot dalam 100 orang atau lebih. Aku tak dapat listkan nama mengikut kronologi sebab keadaan SMM kali ni memang meriah sampai aku lupa nak monitor siapa sampai dulu. Yang hadir kali ni.. Kamak (orang kuat kita) Jamek (pencatit minit tetap Zon KL) Syed (regular dia ni - semangat SMM kuat) Curut (Naib Presiden kelab bujang - Presiden akula heh heh) Mat Keng (lagi satu orang kuat) Mat Hawaq (kali ni dia tak sibuk sangat dapat mai walaupun solo) Norly (Our host - tima kasih banyak kat hang sebab bersusah payah. lain kali boleh buat lagi) Lan Poka (first time aku jumpa dia ni - pakar logistic masa curi ubi dulu) At Cirit (regular juga tapi ada makcik yang tak kenai dia pasai dia ni tak kecik lagi macam dulu). NasaFrank ( cool saja - bila tengok lama-lama hang ni aku teringat satu benda - rambut afro hang dah takdak). Fauzi Hulk (masih letih kot baru balik outstation tapi semangat tak patah untuk mai SMM - regular dia ni) Shahidan (aku memang respek kat dia ni pasai tak mau tuang langsung walaupun terpaksa share jalan dengan lori balak) Nuremi (first time aku jumpa makcik ni - orang Kajang tapi dah dok Cheras - senyum memanjang) Fazilawati (first time jumpa gak - masih cun lagi dia ni - maintain kak jangan tak maintain) Umaq (orang kuat aku - my buddy tak sempat nak sembang panjang dgn hang & family) Rohani (sorila mula-mula aku tak kenai hang - memang hang berubah habis. tapi kalau kita tak jumpa kat SMM memang tak kenai langsung. itula gunanya SMM). Joe Crook (lambat sket pasai ada tetamu kat rumah. tapi mai jugak pasai semangat SMM kuat) Mat Kodiang (ramai tak kenai dia ni. dah jadi Mat Rawang. agen undercover kita dalam projek jejak jenan) Sharin (doktor sewel ni dok merapu lagu tu jugak). AFUNDI Man Boloi (Orang kuat kita - pakar agenda merapu) Gogeng (dah jadi regular semenjak berjaya dikesan tak lama dulu - keep it up bro) Tajudin (kali ni tak dak Tongkat Ali pasai tak dan nak ambik) Last sekali Biddu (master Zon Penang - aku respek habis kat hang pasai sanggup terjah KL dan habis beratus RM just sebab nak spend 2-3 jam dengan member) Keseluruhannya SMM@KLTower kali ni berjaya mengumpulkan kira-kira 20% dari jumlah kesemua batch Jenan 77-81. Kami semua menganggap ini satu pencapaian yang sangat baik. Acara petang tu bermula dengan Hi-Tea buffet. aku dah lapaq terus balon la tunggu apa lagi. kali ni kehadiran anak-anak menambahkan keceriaan KLTower. Acara suaikenal kepada yang baru berjumpa selepas 22 tahun memang meriah dan kepada yang terkena memang mengelirukan (termasuklah aku sendiri) kepada yang dah selalu berjumpa tak payah suaikenal lagi...terus kepada acara merapu. Ramai juga yang keliru bila berjumpa untuk pertama kali. Aku sendiri pon kena bila dikenalkan pada Ani. Sori Ani bukan tak ingat. Memang nama Ani selalu ingat tapi Ani dah rupa lain sket sebab tu Jamek punya kepala tak dapat proses. Taty (Fazilawati) pon sama jugak. memang tak pernah jumpa dan tak tau khabar berita jugak. Taty dah tak ada "karipap" lagi. dah lain style. Nuremi boleh kenai. dia punya rupa memang ada sikit perubahan tapi senyum dan ramah dia sama. Agenda kita petang tu simple saja. game untuk budak budak best gak. Aku nak tiru idea tu masa family day company aku nanti. anak-anak aku tengok memang seronok lari sana, lari sini. Aku pon seronok gak tengok KL dari atas tu (tak ingat plak berapa meter tinggi dia). Petang tu acara paling menarik aku rasa ialah tayangan video "Kisah kehidupan bekas pelajar jenan yang melampau". dengan pelakon utama Kamak dan Jamek. masa tu semua orang tekun dok tengok, gelak-gelak dan bagi komen masing-masing. Thanks to Norly sebab kita dapat tayang kat 3 big screen. Nanti kat Casuarina kita akan buat siaran ulangan. siapa yang nak tengok silalah datang ke Penang. Selepas tu masing-masing sibuk dengan bersembang sesama-sendiri. yang baru berjumpa lepas 22 tahun memang banyak cerita. aku rasa macam cepat sangat masa berlalu sampai tak dapat nak sembang panjang-panjang dengan semua orang. Walau macamana pon aku rasa semua yang hadir puashati sebab keadaan majlis petang tu memang meriah. keaadaan bukan lagi riuh-rendah tapi dah jadi riuh- tinggi. Majlis tamat selepas maghrib. Kali ni tak rasa sedih sangat nak balik sebab kita dah janji akan jumpa kat Penang 3 minggu lagi. semua orang dah look forward SMM@Casuarina. Beberapa orang yang tinggal sempat berkaraoke sket sebelum balik. Gosok....gosok... jangan tak gosok....(merapu hangpa semua ni) Lepas tu Jamek, Biddu, Shahidan dan Curut sambung plak Mini SMM kat kedai mamak SS14, PJ sampai 10 malam. Thanks to Shahidan sebab sanggup hantaq kami balik. Biddu Balik PJ, Curut balik Kelana Jaya & Jamek balek Kerinchi. Lepas tu Shahidan terus balik Kuantan... Balik Kuantan ? malam - malam macam tu lepas penat sehari suntuk ? Itulah faktor yang tak ada pada ramai jugak dari kita. SEMANGAT kurang. bukan Jamek nak kondem. tapi memang ketara. terutama pada yang tak pernah datang menjengok walaupun perjumpaan hanya diadakan jaraknya cuma sebatang rokok saja. Kalau yang jauh macam Zaki atau Pungut memang kita faham. Tapi dekat? Klang Valley? tak paham aku. Pada kita-kita yang pernah datang ke SMM ataupun yang masih sudi meluangkan masa berhubung dengan kengkawan tentu terasa perbezaannya. dalam SMM tak ada pangkat, tak ada jawatan (jawatan yang ada mungkin Presiden & Naib Presiden Cawangan Bujang saja kot). semua kita ni cuma kawan-kawan lama yang cuba nak bersama semula sebab kita semua pernah bersama dulu. Kalau segan nak berjumpa cuba-cubalah risik risik dulu dengan sorang dua kengkawan dan tanya keadaan sekarang. Tapi kalau dah tak nak berjumpa lagi silalah beritahu dengan jelas supaya cawangan Jejak Jenan kita tak perlu bersusah payah nak mencari. kadang kadang penat jugak kalau dingatkan. Cari orang yang sebenarnya tak peduli untuk berhubung lagi. Untuk SMM@Casuarina nanti, kepada siapa yang belum beri nama nak pergi. Kami semua mintak supaya cubalah adjust apa-apa yang patut untuk dapat datang. Kepada kaum ibu kami faham memang ada sedikit masalah kalau cik abang tak nak pergi. Tapi yang kaum bapak tu takkan ada masalah sama kot. janganlah tengok SMM@Casuarina ni projek membuang masa dan RM. Ini cuma satu perjumpaan untuk mengeratkan silaturrahim kita yang pernah terjalin dahulu. kesianlah kat kawan kita yang bertungkus lumus menguruskan projek ni. Takat ni la dulu lapuran SMM@KLTower kali ni. sori kalau merapu sket dan lari dari tajuk. PC kat rumah dah kong jadi dok ketuk keyboard ni kat CyberCafe. tak dak privacy langsung. Jumpa nanti Kat Grand Merdeka SMM@Casuarina Penang. Yang dah bagi nama tu hantaqla sket deposit kat Biddu. Kesian kat dia. Dah banyak perabis duit sendiri pasai kawan-kawan. Assalamualaikum. MUZAMIL YAZID MA'AZ a.k.a. JAMEK