Assalamualaikum semua. Hari Sabtu malam Ahad lepas telah selamatnya berlangsung majlis SMM buka puasa. Kali ni kita buat kat Kelab Shah Alam. Thanks to Norly sebab tolong buat semua arrangement yang smooth. Kehadiran aku kira semalam dalam gambaq ada 11 orang. Norly , Noraza, Kamak, Manboloi, Yazan, Shahidan, Fauzi, NasaFrank, Jamek, MatKodiang & Azahar Kamarulzaman. Kedatangan wakil Kuantan kali ni penuh 100%. Malu kat orang Kuantan. Aza Hari Jumaat lagi dah call aku tanya arrangement. Shahidan dah sampai tengahari sabtu. Orang KL sendiri ramai yang tak sanggup berkorban nak jumpa member sampai macam tu. Malu-malu !! Ada jugak yang cuba berkorban tapi terkorban. Kepada member-member yang tak jemu datang SMM diucapkan terimakasih. Kepada yang cuba nak mai jugak tapi ada halangan lain pon kita ucap terimakasih jugak (ni kes Biddu dan yang sewaktu dengannya). Kepada yang teringin nak mai tapi rasa malas, kita harap lain kali boleh rajinkan diri. Kepada yang langsung tak teringin dan tak mau ambik tau kita harap dapat beritau kepada kami supaya lain kali kita tak payah susah-susah nak jemput lagi. Petang tu Jamek sampai dah lagi 15 minit nak bukak posa. Sempat ambik kueh sket buat alas perut. Norly dah book 2 meja untuk kita. Inilah first time aku bukak posa kat sini. Rupanya tempat ni memang best. Makanan kus semangat macam-macam dok ada. Sessi sembang-sembang berlarut sampai pukul 10 pm. Kalau tak sebab Kelab tu dah nak bungkus & kemaskan meja memang kita tak balik lagi. Last sekali 10.30 kita pon bergerak balik. Sempat ambik gambaq group photo (attached). Gambaq yang lain-lain tu nanti jamek akan mail sikit sikit sebab file dia besaq sangat. Tak celuih. Tapi SMM sebenaqnya tak selesai lagi. 4 hardcore dah sambung lagi SMM. Kali ni kat Gazebo. Manboloi, Jamek, Shahidan & Fauzi hulk. Kami berjaya ajak Mathawaq join. Sembang lagi macam-macam cerita. Dari cerita politik, business, kartun, linguistic sampaila cerita member kaki kelentong ha ha ha ha... Last sekali dah pukul 2am. Tak larat dah. Semua pon beredar balik rumah. Tak larat nak cerita ....