Assalamualaikum, Malam Sabtu lepas telah diadakan SMM dan juga mesyuarat Central Committee kat KLTower. Kehadiran seramai 10 orang Norly (host) Kamak (Presiden) Man (VP) Jamek (S/U - baru promote heh heh) Shahidan (Pen S/U) dan orang orang kuat kita yang lain Latip, Yazan, MatKeng, FauziHulk dan member yang lama tak nampak Pakhari Chik. SMM aku sebenarnya bermula seawal jam 3pm. Shahidan sampai dari rumah kakak dia kat Kepong. Dia bertolak dari kuantan pagi tu. Jam 4 pm Latip pulak sampai dari AlorSetaq. Dia singgah rumah aku untuk mandi dan refresh sikit. Kami SMM dulu kat restoran bawah rumah aku. Kami telewat sket bertolak ke KLTower sebab sebok SMM kat Kerinchi Inn. Sampai KLTower dah ada 5 orang - Kamak, Norly, MatKeng, Pakhari & Hulk. Lepas lepak kejap kami semua masuk function room kita dan pekena apa yang patut. Semua dah 8 orang. Dekat 8 pm Man sampai dengan Yazan. Mesyuarat mula tak lama lepas tu sampai pukul 9 lebih. Banyak jugak benda yang dibincang. Details nanti aku table dalam minit mesyuarat. Lepas meeting kami pi makan, perut pon dah lapaq. Sambil makan tengok bola final M'sia Cup MPPJ beat Sabah. Best jugak tengok bola kat KLTower. Lepas makan apa nak buat lagi? Apa lagi karaoke lah. Latip dah kena warning jangan pegang mike tapi mamat ni memang pantang jumpa mike. Nasib Latip kena balik ASetaq lepas tu sebab bas dia pukui 12. kalau tak kami semua tak rasa nak melalak. Apa pun terimakasih Latip sebab sudi datang KLTower Cuma untuk SMM dan meeting dan jugak sudi singgah rumah aku. Acara melalak habis pukui 1 pagi. Semua dah penat. Lepas tu sembang lagi kat tepi pokok Jelutong. Masa tu tinggai Jamek, Shahidan, Man, Kamak & Norly. Kami berpisah dekat pukul 2 am. Antara aktiviti yang kita nak buat untuk masa terdekat ni ialah 1. 18 October 2003 - 3pm - Bowling terbuka. Tempat nanti akan diberitahu. Masih dalam proses nak telefon. 2. 01 November - Berbuka puasa SMM. Tempat yang dicadangkan - Kelab Shah Alam. Mintak semua dapat block appointment masing-masing supaya kalau dapat ramai hadir dalam aktiviti kita ni. Attach ada 9 gambar yang diambil malam tu kat KLTower. Ada lagi 24 files yang aku tak dapat hantar sebab besar sangat video file MPEG. Nanti aku masuk dalam CD boleh tengok lain kali. Salam from Jamek